Guilherme de Paula sedia ‘bina’ semula karier bola sepaknya dari bawah

637

Penyerang naturalisasi sensasi negara, Guilherme de Paula bukan asing di kalangan penyokong bola sepak tanah air kerana beliau pernah memegang gelaran sebagai penyerang prolifik satu ketika dahulu.

Namun prestasi beliau semakin merosot apabila mengambil keputusan untuk menyertai gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) di mana majoriti masa beliau pasukan itu menyaksikan beliau hanya memanaskan bangku simpanan sahaja.


Bagaimanapun kadang-kala beliau akan diturunkan untuk beraksi bersama skuad JDT II yang ketika itu beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Susulan prestasi tidak menentu, ketua jurulatih negara Kim Pan-gon juga sudah tidak lagi menyenaraikan dalam pasukan kebangsaan.

Perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangat De Paula, malah beliau berani ambil keputusan drastik apabila berhijrah ke Melaka FC secara pinjaman.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila Melaka bermain dalam saingan liga semi-profesional iaitu Liga M3.

Kehadiran pemain itu dalam pasukan barunya telah memperlihatkan prestasinya semakin meningkat apabila beliau sudah pun mula menjaringkan gol.

Sekiranya beliau terus konsisten, tidak mustahil De Paula mampu menjadi penyerang prolifik dalam saingan Liga M3 kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas di pentas saingan liga domestik tertinggi seperti Liga Super dan mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa.

Pemain berusia 36 tahun itu dalam satu posting di media sosial Instagram miliknya meluahkan rasa gembiranya apabila beliau kembali dapat sentuhan yang ‘lama menghilang’ sebelum ini.

Tidak mustahil untuk De Paula kembali menyarung jersi Harimau Malaya kerana beliau mampu memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda.

Apa pun sama-sama kita nanti prestasi De Paula sepanjang musim 2023 ini.