Posisi saya sekarang lebih ke atas, saya boleh tawarkan kelebihan ‘long ball’ untuk pasukan – Azam Azih

1,137

Pemain tengah kebangsaan, Nor Azam Azih percaya beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu menggalas tanggungjawab dengan baik sekiranya diturunkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Katanya, beliau kini telah bertukar posisinya daripada lebih bertahan sebelum ini, dan kini lebih kepada membantu barisan serangan.


“Semua pemain tengah masing-masing ada kelebihan tersendiri tetapi saya kini dah tukar posisi lebih ke atas sekarang.

Saya juga ada kelebihan tersendiri seperti hantaran jauh yang baik dan saya boleh gunakan kelebihan itu untuk pasukan,”

katanya.

Azam merasakan persembahannya di bawah Pan-gon semakin meningkat dalam setiap kem kebangsaan yang disertainya.

Dalam pada itu, beliau menganggap persembahan dua pemain tengah naturalisasi baharu, Paulo Josue dan Endrick dos Santos pada perlawanan menentang Turkmenistan sebelum ini memuaskan dan perlu diberi masa lagi.

“Pada pandangan saya ketika lawan Turkmenistan sebelum ini persembahan Endrick dan Paulo baik cuma mereka masih baru lagi.

Sekiranya mereka diturunkan menentang Hong Kong selepas ini, saya pasti mereka akan lebih bersedia.”

Mengenai kecederaan lututnya, Azam berkata ia semakin baik berbanding sebelum ini.

Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan sangat tentang perkara itu dan hanya melakukan tugasnya sebagai pemain.