Hampir 50 peratus skuad Malaysia adalah pemain asing, kami juga cuba ikut Malaysia naturalisasikan pemain – Jorn Andersen

9,047

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen berpendapat bahawa kualiti bola sepak Malaysia telah meningkat di bawah kendalian jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Katanya, perkara itu juga turut dibantu oleh kehadiran ramai pemain naturalisasi yang menjadikan pasukan lebih baik.


“Saya masih ingat ketika mengendalikan Korea Utara pada 2017, kami menewaskan Malaysia dua kali dengan mudah dengan jaringan 4-1, tetapi pada perlawanan dengan mereka sebelum ini saya lihat Kim Pan-gon telah naikkan tahap bola sepak Malaysia.

Sekarang juga saya lihat hampir 50 peratus pemain dalam pasukan Malaysia adalah pemain luar, mereka dapat pasport dan bergandingan dengan baik bersama pasukan,”

katanya.

Katanya, seperti Malaysia, Hong Kong juga ketika ini sedang giat memantau pemain-pemain asing yang bermain di negara itu untuk dinaturalisasikan bagi memperkuatkan pasukan.

Beliau berkata, pemain naturalisasi seperti Mahama Awal yang berasal dari Cameroon antara contoh yang meningkatkan lagi kualiti pasukan itu.

Mengenai perlawanan persahabatan menentang Malaysia esok, beliau berkata bahawa skuad yang dibawa esok adalah lebih baik berbanding tahun lalu ketika tewas kepada Malaysia 2-0.

“Saya rasa esok Malaysia akan menyerang kami, tekan kami habis-habisan, ia perlawanan yang bagus untuk meningkatkan tahap kami menentang lawan yang lebih kuat.

Apa yang boleh saya katakan adalah kami pasukan yang lebih baik dari sebelum ini.”

Katanya, pasukan kali ini diperkuatkan dengan pemain yang bertapak di China, yang tidak dapat menyertai tahun lalu kerana kekangan Covid-19.

Beliau bagaimanapun berkata ini masih lagi bukan skuad yang terbaik kerana masih ada pemain yang cedera serta tidak dapat turut serta.

Katanya, perlawanan esok adalah persiapan buatnya dan pasukan untuk Piala Asia yang akan berlangsung Januari depan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen