Kemarahan peminat terhadap FAM

211

Susulan perletakan jawatan Tan Cheng Hoe selaku jurulatih Harimau Malaya, para peminat bola sepak tanah air begitu marah terhadap FAM.

Para peminat rasa begitu sakit hati setelah melihat jurulatih kebanggaan mereka meletak jawatan selepas beliau bertanggungjawab atas keaiban yang menimpa skuad Harimau Malaya pada kejohanan AFF yang lepas.


Banyak peminat mendesak supaya pengurusan tertinggi FAM seharusnya wajar melepaskan jawatannya juga setelah prestasi skuad negara yang hambar. Bukan terus menunding kesalahan kepada jurulatih sahaja, tetapi induk pimpinan FAM juga wajib bertanggungjawab diatas apa yang telah berlaku.

Ramai peminat menyuarakan pendapat agar pimpinan FAM wajib undur diri. Diantara yang berkongsi adalah Anuar Abdul Malik mengatakan presiden, timbalan/naib presiden dan kroni yang sewaktu dengannya, sila letak jawatan andai awak semua masih ada maruah kepada negara, persatuan dan penyokong. Semua mesti bertanggungjawab.

Selain itu, peminat turut komen tampuk pimpinan FAM merupakan punca kegagalan utama kepada skuad Harimau Malaya. Berikut adalah ulasan daripada Muhammad Khalis Fikry “Belum cukup lagi tuh, org² dalam FAM pun sila LETAK JAWATAN, kerana kamulah punca utama kegagalan dan kerosakkan bola sepak Malaysia, liga M pun tak berkualiti seperti liga Thai”.

Malahan, Abu Sofian turut memberi pendapatnya agar bukan sahaja presiden tetapi semua yang terlibat dalam FAM dan MFL kena letak jawatan.

Selain itu, Shahazzam Shaharum turut mengulas bukan sahaja Tan Cheng Hoe saja yang bertanggungjawab tetapi pengurusan FAM juga perlu bertanggungjawab sekali baru boleh maju macam negara Asia lain.

Di samping itu, FAM wajar mengambil contoh seperti apa yang berlaku kepada Persatuan Bolasepak Vietnam apabila presidennya meletak jawatan selepas pasukannya gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF pada edisi kali ini.
Sumber Foto : Asean Football