Liga Thailand lebih bagus

199

Kejayaan Thailand berjaya memenangi kejuaraan Piala AFF pada tahun ini merupakan usaha keras para pemain serta bijaknya pengurusan bola sepak disana.

Jelas disini menunjukkan kualiti yang ada pada liga Thailand jauh lebih bagus berbanding negara kita yang kelihatan ketandusan bakat untuk bermain mewakili negara.


Walaupun Liga Thai membenarkan penggunaan tujuh orang pemain import, tetapi skuad kebangsaannya masih mempunyai kualiti yang hebat untuk takluk Asia tenggara ini.

Berbeza dengan Liga Malaysia hanya menggunakan lima pemain import tetapi masih ketandusan bakat terutama di bahagian serangan. Perkara ini tidak boleh dijadikan alasan jika kena cara pengurusannya.

Pengurusan bola sepak Thailand juga sangat tertib apabila mereka menitikberat setiap penjuru dalam bidang bola sepak. bermula dari pengurusan tertinggi, para jurulatih dan pemainya sendiri.

Thailand sendiri sudah lama mengamal konsep belajar dari Jepun apabila menghantar beberapa orang dari pengurusan bola sepaknya untuk menimba ilmu di Jepun. Setelah beberapa tahun hasilnya sekarang Thailand sudah boleh berentap bersama gergasi Asia yang lain.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Thailand juga mengambil “Technical Advisor” dari negara jepun bagi menjaga kualiti dan taraf permainan bola sepak disana.

Lihat sahaja pemain yang baru dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai semasa Piala AFF iaitu Chanathip Songkrasin, beliau mampu bersaing di Liga Jepun dengan menjadi kesebelasan utama bersama pasukannya Hokkaido Consadole Sapporo.

Sumber Foto : FAT

Malahan, Chanathip turut diangkat menjadi Pemain Paling Bernilai untuk kelabnya setelah aksi yang begitu menakjubkan beliau pamerkan.

Tambahan pula, banyak pemain Thailand beraksi di negara luar kerana kualiti bola sepak di negaranya semakin dipandang oleh negara lain.

Sumber Foto : FAT

Pengurusan bola sepak negara kita seharusnya belajar dari apa yang Thailand telah lakukan bukan hanya sekadar tangkap muat mengambil tenaga tempatan sahaja.

Jika ingin bersaing di pentas lebih tinggi, skuad negara harus menimba ilmu dari negara luar contohnya Jepun dan Korea Selatan yang telah menjadi kuasa besar Asia sekarang ini.

Di samping skuad Thailand yang semakin hari menunjukkan peningkatan yang ketara kesan daripada pengurusan bola sepak negaranya yang betul.