Bakal diambil alih oleh syarikat gergasi, harap Melaka FC tidak akan terima layanan ‘anak emas’ layak terus ke Liga Super

458

Khabar angin bertiup kencang mengenai sebuah syarikat gergasi di Malaysia bakal mengambil alih pasukan Melaka FC yang ketika ini bersaing dalam Liga M3.

Pasukan yang asalnya daripada Melaka United musim lalu yang bermain dalam saingan Liga Super 2022 terpaksa akur apabila tidak dibenarkan beraksi dalam saingan tersebut pada musim ini susulan masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka.


Syarikat gergasi tersebut sedang melaksanakan pelaburan dalam industri bola sepak dan pasukan yang dilihat berpotensi untuk mereka mengambil alih adalah pasukan Melaka.

Tetapi ia masih dalam perbincangan di peringkat awal antara syarikat tersebut dan pengurusan pasukan yang perlu melihat daripada segenap aspek sebelum mengambil alih.

Pasti apa yang akan dilihat adalah hutang-hutang lama pengurusan sebelum ini yang masih belum dijelaskan lagi seperti bayaran tunggakan gaji bekas pemain dan syarikat tersebut dilihat mahu menjelaskan semua hutang-hutang tersebut selepas mengambil alih.

Dengan adanya pemilik baru bagi kelab tersebut pasti akan mengubah nasib dan situasi mereka pada masa akan datang dimana mereka mampu bersaing kembali dalam kancah saingan Liga Super.

Walaupun kewangan mereka mungkin lebih stabil selepas pengambilalihan itu, ia tidak bermakna Melaka seharusnya terus diserap ke dalam Liga Super.

Pastinya ia tidak adil buat pasukan lain yang terpaksa bersaing di liga bawahan terlebih dahulu untuk melayakkan diri sehingga ke saingan Liga Super.

Sebelum ini juga, kemasukan Melaka ke dalam Liga M3 pada musim ini juga dipersoalkan sebilangan pihak yang merasakan pasukan itu perlu bermula daripada liga yang lebih bawah iaitu Liga M5.

Sekiranya mereka terus dibenarkan masuk ke dalam saingan Liga Super musim depan tanpa melalui kelayakan atau play-off terlebih dahulu, ia pasti akan mengundang kecaman daripada ramai pihak, dan mengiakan tanggapan sebilangan peminat bahawa Melaka merupakan ‘anak emas’ bagi pengurusan Liga Malaysia.

Apa-apa pun, khabar berita ini pasti akan memberi sinar baru buat pasukan dan peminat juga pasti gembira serta tidak sabar untuk melihat pasukan kesayangan mereka beraksi semula di pentas Liga Super satu hari nanti.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen