Alia Mansor pelumba basikal wanita pertama negara ke Eropah

591

Pelumba basikal muda negara telah mencipta sejarah apabila bakal beraksi bersama pasukan Canyon-SRAM yang berpangkalan di Sepanyol.

Alia yang merupakan pelumba berbasikal trek tidak mengambil masa lama untuk menerima tawaran tersebut kerana dia sering menjalani latihan di lebuhraya.


“Dekat Terengganu Alia berlatih di lebuhraya, tapi bila berlumba di trek Alia boleh kayuh walaupun Alia berlatih dilebuhraya. Bila Adam Szabo menghubungi Alia, dari situ fikiran dan niat Alia dah mula untuk fokus dalam acara lebuhraya selepas mendapat tawaran dari Canyon-SRAM Racing,”

Ujarnya kepada Harimau Malaya

Pelumba kelahiran Terengganu ini juga turut memberitahu beliau mula terlibat dalam sukan berbasikal ini sejak berusia 11 tahun dibawah bimbingan Syed Hussein.

Sumber Foto : Alia Mansor

Alia berkongsi bahawa beliau merasakan ingin memberi fokus yang lebih kepada sukan berbasikal ini pada usia 15 tahun apabila berjaya mewakili Terengganu untuk SUKMA 2016 ketika itu.

Hasilnya, pada SUKMA 2016 yang berlangsung di Sarawak, Alia berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 500m ujian masa individu wanita.

“Masa Alia tingkatan tiga, Alia berlatih selama sebulan di Thailand sebelum SUKMA Sarawak 2016 semasa di sukan SUKMA inilah Alia rasa betul-betul nak berlatih dan nak fokus kemudian Alia dapat pingat gangsa di SUKMA Sarawak itu,”

Selain itu, Alia juga menyatakan pada mulanya tidak percaya akan tawaran yang diberikan kepadanya tetapi setelah meneliti surat tawaran serta mendengar penjelasan daripada jurulatih Canyon-SRAM Racing itu barulah beliau percaya.

Sumber Foto : Alia Mansor

Ujarnya lagi, Alia berasa sangat bersyukur dan gembira apabila diberikan kepercayaan untuk bertanding bersama pelumba-pelumba hebat di sana kelak.

Sasaran Alia apabila bersama pasukan kelima terbaik dunia itu adalah beliau mahu mendapatkan pengalaman secukupnya serta mahu mengharumkan nama pasukan dalam setiap perlumbaan yang bakal disertainya tidak lama lagi.