Aifa Azman, pengganti Nicol David?

259

Apabila bercakap soal skuasy pasti ramai akan terfikir tentang ratu skuasy negara iaitu Datuk Nicol David. Siapakah mampu menggantikan beliau?

Pasukan skuasy negara mempunyai pelapis muda yang berpotensi menjadi seperti ratu skuasy negara pada satu hari nanti salah seorangnya adalah Aifa Azman.


Pemain yang berasal dari Kedah ini merupakan pelapis muda yang berpotensi untuk pergi jauh jika diberi peluang bersama pasukan skuasy negara.

Baru sahaja berusia 21 tahun, Aifa sudah berada di ranking ke 36 dunia malahan, beliau mampu bersaing dengan peserta negara luar yang lebih berpengalaman darinya.

Pada tahun lalu, Aifa berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021. Tambahan lagi, Aifa mencatat rekod apabila menjadi juara termuda dalam kejohanan itu.

Disamping itu, Aifa turut membantu skuad skuasy negara untuk memenangi Kejohanan Berpasukan Asia yang diadakan di Kuala Lumpur pada awal bulan yang lalu.

Jika Aifa mampu bersaing di peringkat tertinggi, sewajarnya beliau diserapkan ke pasukan elit skuasy negara.

Sumber Foto : SRAM

Aifa akan ke Amerika Syarikat untuk bersaing dalam kejohanan Cleveland Classic yang akan berlangsung pada 27 Januari akan datang.

Dalam pada itu, Aifa juga akan berentap dalam beberapa siri kejohanan sebagai persediaannya menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun ini.

Sasaran beliau pada tahun ini adalah ingin mendapatkan kedudukan ranking yang lebih baik setelah beliau berjaya menghuni kelompok 40 terbaik.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen