Masih relevankah kuda tua beraksi?

247

Setelah berjaya membantu KL City FC menjulang Piala Malaysia pada musim 2021, Indra Putra dikhabarkan bakal mengangkat kaki setelah tidak ditawarkan kontrak baru sebagai pemain.

Indra yang telah melewati usia 40an sudah tiada dalam perancangan KL City. Bahkan terdapat banyak pasukan di Liga Super tidak mahu mengekalkan pemain yang telah berumur atau digelar kuda tua.


Sudah menjadi kebiasaan apabila pemain yang telah menjangkau usia 35 tahun keatas pastinya tidak akan berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain yang sudah berumur harus bersaing bersama pemain muda yang mempunyai banyak kelebihan terutama sekali dari segi kecergasan. Malahan, mereka lebih cepat bertindak berbanding kuda tua yang dianggap kurang agresif.

Selain itu, kudrat tenaga kuda ini tidak mampu beraksi selama perlawanan berlangsung. Mereka hanya akan ditukar apabila masa perlawanan hamper tamat. Tambahan pula, terdapat juga segelintir kuda tua ini hanya mampu “jogging” di atas padang, bukan untuk membantu pasukan.

Sumber Foto : KL City FC

Tetapi selaku pemain senior, pengalaman luas yang dimilik seperti Indra Putra ini mampu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda.

Pemain seperti Indra ini juga berguna apabila sesebuah perlawanan buntu mencari gol, berbekalkan pengalaman yang ada beliau pasti mampu menghasilkan sesuatu untuk pasukan.

Sumbangan dari segi tenaga mungkin tidak banyak tetapi untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang pemain yang pernah beraksi di pelbagai peringkat tentunya berguna untuk pembangunan pemain muda.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen