Saya tak kisah jika netizen mahu kecam, kami main bukan untuk kalah – Chibi

298

Atlet Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara, Muhammad Nazhan Mohd Nor tidak kisah sekiranya dirinya menjadi mangsa kecaman peminat.

Katanya, sebagai pemain sudah tentu beliau dan rakan-rakan mahu mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan.


“Sebenarnya saya tak kisah pun jika netizen mahu kecam saya, teruskan saja kecam kami.

Sebagai pemain sudah tentu kami bermain untuk menang, tiada orang yang main untuk kalah,”

katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chibi gembira berjaya menyumbang pingat perak untuk Malaysia dalam acara MLBB lelaki pada Sukan SEA 2023.

Chibi berkata beliau berbangga dengan pencapaian tersebut kerana ini merupakan kali pertama dirinya mewakili negara di kejohanan antarabangsa.

Beliau berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu dirinya menyesuaikan diri untuk temaysa itu.

“Secara peribadi saya gembira kerana meraih pingat perak, ini merupakan kali pertama saya mewakili negara ke kejohanan antarabangsa.

Rakan sepasukan saya banyak membantu dari segi mental dan fizikal, saya berterima kasih kepada mereka dan juga jurulatih kerana bantu saya.”

Sementara itu, Chibi mengakui beliau akan mempertimbangkan untuk bermain di luar negara sekiranya menerima tawaran.