Zaidatul : merayu supaya dibenarkan memakai fasiliti

184

Baru-baru ini Majlis Sukan Negara (MSN) telah melakukan satu tindakan dengan menggugurkan seramai 144 orang atlet yang berada dalam program latihan kebangsaan.

Zaidatul Husniah diantara atlet yang telah digugurkan dari MSN walaupun pencapaiannya agak memberangsangkan dalam acara yang di sertainya.


Zaidatul memberitahu perasaannya amat terkejut apabila namanya turut berada dalam senarai atlet yang digugurkan.

“Perasaan lebih kepada terkejut, saya baru mula latihan selepas setahun mengalami kecederaan menyebabkan saya lama tidak berlari dari tahun 2020,”

ujarnya kepada Harimau Malaya

Atlet yang berasal dari Kedah ini juga menyatakan beliau merayu supaya dibenarkan memakai fasiliti yang ada pada MSN dan ISN sudah memadai buatnya walaupun sudah tidak bersama program latihan itu lagi.

Zaidatul turut berkongsi apabila beliau baru sahaja kembali berlatih sejak dua bulan yang lalu tetapi pihak MSN tidak semak dengan teliti sebelum mengugurkan dari program.

Tambahannya lagi, Zaidatul sangat berharap agar pihak MSN mempertimbangkan semula tetang atlet yang digugurkan tanpa semakan yang teliti.

Ulasnya lagi, jurulatih sangat risau kepadanya setelah tidak berada dalam program yang menyebabkan Zaidatul tidak dapat menggunakan fasiliti sepenuhnya.

“Jurulatih mengambil berat dengan saya sekarang ini kerana saya tidak ada dalam program. Dia takut saya tak dapat menggunakan fasiliti di MSN dan ISN contohnya macam “massage”, “ice bath” dan kegunaan gim,”

Sumber Foto : Zaidatul Husniah

Jelasnya lagi, beliau tidak kisah jika tidak diberi sebarang elaun tetapi sangat merayu agar kegunaan fasiliti dapat diberikan.

Buat masa sekarang, Zaidatul memberitahu bahawa atlet yang telah digugurkan ini sedang meminta pertolongan ketua jurulatih agar di kebenaran kepada mereka untuk menggunakan fasiliti tetapi masih belum ada sebarang jawapan ulasnya lagi.