Tempat makin terhad, desak atlet MSN kerja keras

317

144 atlet yang berpotensi digugurkan dari program latihan MSN perlu membuktikan  kesungguhan mereka dalam program latihan masing-masing. Mahu atau tidak, itu adalah satu-satunya jalan untuk mereka mendapatkan tempat atau terpaksa berbelanja sendiri bagi  menampung kos latihan.

Bukan ingin menindas atlet, tetapi memandang dari sudut positif, situasi mengehadkan tempat ke program latihan ini akan menggalakkan agar atlet lebih berdaya-saing dan mempunyai kesungguhan yang lebih tinggi terhadap sukan masing-masing. 


Mereka akan lebih komited dan serius terhadap kerjaya mereka yang membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ini berikutan, sejak akhir-akhir ini kebanyakan atlet dilihat tidak begitu disiplin dan tidak memandang serius tentang masa depan kerjaya mereka.

Zaidatul Husniah antara nama yang digugurkan dari program latihan MSN. Kredit Foto : Instagram Zaidatul Husniah

Peluang harus diberikan kepada atlet yang benar-benar ingin beraksi menjulang nama negara. Jika benar itu niatnya, pastinya kesungguhan mereka tidak perlu diragukan lagi. ‘Passion’ akan mengatasi segala-galanya. 

Terdahulu MSN mengumumkan hanya 293 atlet yang akan mendapat tempat dalam program latihan MSN. Selain terpaksa menggugurkan ramai atlet, mereka juga turut mengumumkan terpaksa menurunkan elaun latihan atlit berikutan menyokong pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19.