Pemain dah berusah bersungguh-sungguh walaupun penuh provokasi dari pihak lawan dan pengadil – Manzoor Azwira

214

Penolong ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid menganggap kegagalan anak-anak buahnya menyudahkan peluang di depan gol menjadi punca mereka tewas 1-0 kepada Sri Pahang.

Katanya, Penang mempunyai lebih banyak percubaan ke arah gol berbanding pihak lawan, tetapi tidak cukup tajam.


“Saya rasa kita ada lebih banyak percubaan ke arah gol tetapi kita harus lebih tajam lagi.

Saya lihat pemain sudah mencuba bersungguh-sungguh dari awal hingga akhir perlawanan walaupun penuh provokasi dari pihak lawan dan pengadil sendiri, tetapi mereka tetap fokus,”

katanya.

Beliau berkata, barisan serangan tidak boleh tumpul lagi ketika perlawanan akan datang menentang Terengganu FC jika tidak mahu kecewa lagi.

Sementara itu, beliau mengakui bermain pada waktu petang ketika cuaca panas ketika ini menyebabkan pemain berasa letih.

Namun beliau tidak mahu menjadikan ia alasan kerana pihak lawan juga bermain dalam cuaca yang sama.

“Keletihan mungkin disebabkan oleh cuaca panas sekarang, tetapi Sri Pahang pun hadapi situasi sama.

Untuk perlawanan menentang Terengganu selepas ini kita harus atasi kelemahan kita pada hari ini.”

Beliau berkata mungkin akan melakukan pertukaran pemain pada perlawanan seterusnya namun ia bergantung kepada situasi kecederaan dan penggantungan.