Adakah Low Wee Wern patut digugurkan?

211

Low Wee Wern bukan nama asing lagi dalam sukan skuasy di negara kita. Banyak kejayaan yang telah beliau kecapi diantaranya ialah memenangi pingat emas di Sukan Asia.

Selain itu, Low Wee Wern merupa bekas rakan pasukan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David ketika beraksi bagi kategori berpasukan.


Kejayaan yang pernah diraih mereka adalah mendapat perak di Kejohanan berpasukan Dunia pada tahun 2014.

Pada baru-baru ini Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumumkan bahawa Low Wee Wern merupakan salalah seorang daripada 144 atlet negara yang digugurkan.

Pengumuman MSN sangat mengejutkan kerana terdapat beberapa nama besar dalam sukan negara turut digugurkan.

Penglibatannya dalam sukan skuasy negara melebihi 10 tahun sehingga beliau berjaya menjadi “role model” selepas negara kehilangan Datuk Nicol David dalam dunia skuasy ini.

Sumber Foto : Low Wee Wern

Berikutan kecemerlangannya, Pihak MSN tidak sepatutnya melakukan tindakan yang sedemikian iaitu menggugur atlet yang berjaya mengharumkan negara.

Perkara ini ibarat MSN tidak menghargai lelah keringat para atlet yang telah memberi sepenuh tenaga kepada sukan yang diceburi.

Malahan, semenjak dunia dilanda pandemic COVID-19 ini, tiada sebarang kojahanan diadakan bagi menilai prestasi semasa mereka. Low Wee Wern harus diberi peluang pada tahun ini supaya beliau dapat membuktikan dirinya masih lagi diperlukan dalam skuasy negara.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen