Kelantan FC gagal lunaskan bayaran swab test COVID-19 kepada sebuah klinik

1,139

Sudah jatuh ditimpa tangga pula! Itulah yang sedang berlaku pada Kelantan FC ketika ini apabila satu demi satu masalah kelab itu terbongkar dengan terbaru kelab itu didakwa masih belum menyelesaikan bayaran swab test COVID-19 kepada sebuah klinik di Kota Bharu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak klinik itu, Ummah Healthcare Sdn Bhd iaitu Dr. Izzat yang mendedahkan bahawa kelab itu masih berhutang sekitar RM9,000 lagi yang mana ia sudah berlanjutan hampir dua tahun.


“Kita sebelum ini ada lakukan swab test untuk pemain dan pegawai pasukan Kelantan di mana kos tersebut dibayar secara ansuran, tetapi pihak kelab kemudian gagal menyelesaikan baki bayaran sekitar RM9,000 lagi.

Hampir dua tahun kami menunggu namun mereka masih tidak bayar. Malah mereka juga ada menghantar surat untuk memohon lanjutan bayaran sehingga tarikh 30 April 2023, tapi kami masih belum terima sebarang bayaran,”

ujar Dr. Mohd Izzat Hakimi kepada Harimau Malaya.

Berikutan masih tiada khabar atau maklum balas daripada pihak pengurusan The Red Warriors, Dr. Izzat memberitahu peguamnya akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat ini.

Selain tindakan undang-undang, beliau juga berkata akan menghadiri sesi soal jawab bersama pemilik kelab itu, Norizam Tukiman yang dijadual akan berlangsung pada 3 Jun ini bertempat di Zamburger Kelantan.