Persiapan Harimau Malaya terjejas

151

Susulan daripada ulasan Stuart Ramalingam yang menyatakan skuad Harimau Malaya bakal diberi keutamaan semasa liga sedang berlangsung.

Sepatutnya perkara seperti ini wajib disusun secara rapi, bukan hanya sekadar bercakap. Skuad Harimau Malaya bakal beraksi bagi Kelayakan Piala Asia pada tahun ini.


Tetapi pengurusan telah gagal untuk membuat persediaan bagi menghadapi kejohanan yang telah diketahui tarikhnya lebih awal.

Boleh ambl iktibar daripada kempen Piala AFF yang menimpa skuad negara apabila gagal mara ke peringkat separuh akhir setelah tumpas di peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Malaya gagal pada kejohanan Piala AFF itu kerana para pemain hanya berkumpul seminggu sebelum kejohanan bermula. Tidak seperti pasukan lain yang telah membuat persiapan awal yang lebih rapi contohnya pasukan Indonesia dan pasukan Vietnam.

Kegagalan pengurusan penjadualan harus ditangani segera bagi memastikan skuad Harimau Malaya mempunyai masa secukupnya untuk membuat persiapan.

Disebab ketidakcekapan skuad negara telah terlepas aksi perlawanan antarabangsa yang telah disusun mengikut jadual FIFA.

Pihak MFL wajib memainkan peranan penting demi skuad Harimau Malaya dari segi penjadualan liga bagi memastikan para pemain betul-betul bersedia untuk mewakili negara.

Sumber Foto : FAM

Selain itu, pelan jangka panjang juga harus relevan bagi mengembalikan zaman kegemilangan Harimau Malaya yang digeruni di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Tambahan, skuad negara agak tempang dengan ketiadaan jurulatih bagi membimbing skuad kebangsaan. Perkara ini membantutkan persediaan skuad Harimau Malaya menjelang saingan kelayakan Piala Asia.

FAM terutama sekali harus segera bertindak jika tidak mahu peminat sukan bola sepak tanah air mula membenci pengurusan yang terlibat.