Dainnel Aqashah dapat tawaran dari kelab Jerman, FC Cologne

1,034

Impian pemain bola sepak muda negara, Dainnel Aqashah Rakmatulla untuk beraksi di luar negara akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau mendapat tawaran dari kelab Jerman, FC Cologne.

Cologne yang beraksi di liga utama Jerman, Bundesliga itu telah menawarkan Program Bakat Antarabangsa hasil kerjasama dengan GK Football Exchange yang berpengkalan di Korea Selatan.


“Baru-baru ini saya dapat tawaran daripada kelab Jerman iaitu FC Cologne yang mana mereka menawarkan saya untuk berlatih di sana.

Tawaran itu akan menyaksikan kesemua kos seperti tempat tinggal, makan minum, latihan, tiket penerbangan dan lain-lain semua akan ditaja,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Dainnel, selepas menandatangani kontrak beliau akan menjalani latihan selama dua minggu di Mont Kiara sebelum terbang ke Jerman untuk urusan pengurusan sebelum ke Korea Selatan pula.

Untuk pengetahuan, FC Cologne menjalin kerjasama dengan GK Football Exchange untuk pembangunan bakat antarabangsa dari usia 16 hingga 23 tahun.

Dalam pada itu, selain tawaran dari luar negara, remaja berusia 15 tahun itu turut menerima anugerah Broad Of America Award untuk American’s Honor of Commitment and Passion to Achieve Excellence dalam sukan bola sepak.

“Anugerah ini tentang bola sepak yang mana mereka akan memantau perkembangan karier bola sepak saya menerusi media sosial dan mereka membuat penilaian dari situ.

Perasaan saya sangat gembira dengan anugerah ini. Ibu dan bapa saya juga berasa bangga dengan anugerah yang saya terima ini.”

Tambahnya lagi, dengan anugerah yang diterima ini akan akan terus membakar semangatnya untuk mengejar impian menjadi pemain bola sepak profesional dan menyarung jersi pasukan kebangsaan satu hari nanti.