Farish Farhan akui kerap buat kesilapan jadi punca Uzbekistan menang

430

Penjaga gol pasukan kebangsaan B-17, Muhammad Farish Farhan Mohd Zalani tidak melihat perbezaan ketara dari segi kualiti permainan bola sepak antara mereka dan pasukan Uzbekistan, tapi kerap buat kesilapan jadi punca mereka tewas 3-2 pada malam tadi.

“Dengan bola saya rasa kita sama dengan mereka tapi mereka kurang buat kesilapan mudah dan kita pula kerap buat kesilapan mudah jadi punca kita kalah tadi,”

katanya.

Farish pada masa sama juga menuntut rakan sepasukannya untuk lebih kerap berkomunikasi apabila berada di atas padang supaya setiap pemain akan peka sekaligus dapat mengurangkan berlakunya kesilapan muda.


Beliau bagaimanapun turut memuji semangat rakan sepasukannya yang bermain dengan bersungguh-sungguh namun cuma keputusan tidak menyebelahi mereka.

“Saya rasa pasukan bermain dengan bagus cuma keputusan tidak menyebelahi kita. Ini adalah adat pertandingan, ada menang dan ada kalah.

Kekalahan pada malam ini memberi kita pengajaran yang cukup bagus bagi kita untuk perbaiki menjelang perlawanan seterusnya.”

Selepas Uzbekistan, skuad negara akan menentang sebuah lagi pasukan gergasi iaitu Arab Saudi pada 9 Jun ini dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 di Stadium Shah, Alam.

Harimau Muda kini dalam fasa terakhir persiapan menjelang kejohanan Piala Asia B-17 2023 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.