Wajarkah pemotongan elaun atlet MSN?

235

Memetik pendapat seorang peminat sukan tempatan yang juga merupakan bekas atlet bola baling kebangsaan yang dikenali sebagai Arif Billah, beliau berpendapat bahawa isu ini harus dipertimbangkan merangkumi pelbagai aspek dan bukan hanya menilai melalui satu jenis sukan sahaja.

Arif sendiri mempunyai dua sudut pandangan berbeza berkenaan topik pengurangan elaun atlet ini. Beliau tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana kita perlu mengambil kira sama ada industri sukan yang diceburi oleh seseorang atlet itu boleh ‘survive’ dengan sendirinya atau tidak? Itu yang menjadi persoalan utama. Malah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker juga menyarankan MSN untuk mengkaji semula elaun atlet mengikut ‘kes’ tertentu.


Tonton video penuh tentang ulasan Arif mengenai isu elaun atlet MSN

Jika MSN berpendapat ada atlet yang sememangnya bekerjaya dan mempunyai kerja tetap atau sampingan, ia adalah satu inisiatif yang bagus tapi perlu berbalik semula adakah semua atlet mempunyai kerjaya sampingan lain? Ia juga harus mengambil kira jenis sukan yang diceburinya. Kekangan masa akan menghalang atlet untuk membuat lebih dari satu kerja dalam satu-satu masa.

Misalnya, atlet olahraga yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk berlatih dan ia adalah sukan yang memerlukan ketangkasan dan membabitkan stamina. Atlet tersebut semestinya memerlukan rehat yang cukup untuk beliau ‘recover’ semula agar dapat berada di prestasi terbaik dan mengulangi sesi latihan di hari berikutnya.

Memetik dari sudut bersetuju pula, beliau berkata jika sukan tersebut mempunyai ‘tournament’ yang konsisten dan liga profesional sendiri khususnya seperti bolasepak dan badminton. Dua sukan utama ini yang sering mendapat perhatian masyarakat dan dianggap ‘meriah’ dengan kehadiran para penaja. Dengan kehadiran penaja sudah tentu mereka boleh ‘berdiri’ dengan sendirinya tanpa mengharap dana sepenuhnya dari badan induk sukan negara. 

Bekas atlet negara yang kini berkecimpung dalam sukan Ironman Triathlon ini turut menyuarakan pendapat peribadi beliau mengenai masa depan atlet negara, 

“Jujur saya katakan, atlet di Malaysia tiada jaminan untuk ‘secure’ melainkan atlet yang gah dan famous seperti Dato’ Lee Chong Wei dan Dato’ Nicol Ann David kerana prestasi mereka yang memberangsangkan di peringkat antarabangsa”

ujarnya kepada Harimau Malaya

Sebelum menutup perbualan, Arif juga menyampaikan harapan beliau mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini. MSN harus mencari solusi yang bakal memberikan ‘win-win situation’ yang menjaga kebajikan semua pihak. Atlet sendiri perlu ada ‘mentaliti juara’ dan ‘passion’ dalam sukan yang mereka ceburi serta menggunakan peluang dan kelebihan yang diberikan MSN dan KBS dengan sebaiknya.