Indonesia buat gempak lagi! Mesut Ozil bakal ke Liga 1?

7,849

Sebuah media terkemuka Indonesia melaporkan bintang Jerman, Mesut Ozil dalam proses perpindahan ke kelab yang baru sahaja naik ke Liga 1 Indonesia, Rans Cilegon FC.

Perkara itu masih dalam proses dan disahkan sendiri oleh presiden kelab tersebut, Raffi Ahmad. Malah, media tempatan Turkey turut melaporkan berita yang sama, memperkuatkan lagi khabar angin tersebut.


Pemain yang beraksi bersama kelab Fenerbahce FC dari Turkey itu dibeli dengan nilai 3.7 juta Euro bersamaan RM 17.6 juta. Rekod terakhir bekas bintang Real Madrid dan Arsenal itu bersama kelab tersebut agak baik dengan 16 kali penampilan, 7 gol dan 2 assist. Jika berita perpindahan ini benar-benar terjadi ia akan menjadi perpindahan paling sensasi dalam arena bolasepak Asia dan Liga Indonesia khususnya.

Raffi ketika secara rasmi membeli Rans Cilegon FC, April tahun lalu. Sumber foto : Instagram Raffi Ahmad

Pemain yang pernah mempunyai ‘market value’ mencecah 50 juta Euro ini mula menyinar semenjak bersama pasukan kebangsan Jerman memenangi Piala Dunia 2010. Setelah itu, beliau dilamar gergasi Sepanyol Real Madrid dan kemudian berpindah ke Arsenal. Nilainya mendadak jatuh dikatakan semenjak beliau mengkritik tentang isu etnik Uighur dan Palestin yang menjadi isu sensitif ketika itu.

Melalui berita yang sama, kelab Rans Cilegon itu dikatakan sedang membuat perubahan besar termasuk menukar nama kelab tersebut dan mengintai beberapa lagi nama besar untuk menjadi pesaing hebat di liga utama Indonesia itu dan menjadi antara kelab yang gah di Asia. Raffi turut mengakui biaya yang amat besar perlu dikeluarkan untuk mendapatkan pemain tersebut.