Walaupun sudah berusia, ‘passion’ Irfan Bakti terhadap bola sepak tak pernah luntur

157

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti enggan jadikan sakit sebagai penghalang untuknya terus menabur bakti dalam dunia bola sepak tanah air.

Sememangnya seorang yang cukup berpengalaman dan sebati dengan resam bola sepak tempatan, kredibiliti Irfan tidak dapat disangkal lagi dengan kejuaraan dan kejayaan yang diraih oleh pasukan-pasukan yang pernah dikendalikannya sebelum ini.


Sebelum ini, beliau mengalami kecederaan yang agak teruk dek kemalangan motorsikal ketika hendak ke kedai di Shah Alam yang telah menyebabkan beberapa tulang selangkanya patah.

Diberi rehat selama enam minggu oleh pakar perubatan hospital namun ia tidak diendahkan dan tidak lama kemudian beliau sudah terbang ke ibu kota Sarawak bagi meneruskan tanggungjawabnya bersama Kuching City.

Walaupun tidak diberikan kebenaran oleh pihak pengurusan kelab untuk berada di kawasan padang namun jurulatih berusia 72 tahun itu tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk membantu mempersiapkan pasukan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super meskipun hanya memerhati dari jauh.

Irfan didorong semangat untuk membantu menaikkan semula Kuching City selepas mempamerkan persembahan yang kurang memuaskan sepanjang pusingan pertama liga tempoh hari dengan hanya memenangi satu perlawanan sahaja dan kini berada di kedudukan ke-12 liga.

Beliau kini sedang membuat percaturan rapi termasuk membawa masuk pemain baru pada jendela perpindahan kedua nanti untuk memperkuatkan pasukan di mana mereka akan bertemu Selangor FC pada game pertama di pusingan kedua liga pada 3 Julai nanti.

Keghairahan dan cintanya terhadap dunia bola sepak sama seperti pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson yang masih lagi mengemudi pasukan yang bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun kini sudah berusia 75 tahun.

Peranan Hodgson jika dibandingkan dengan Irfan sangat mirip cuma beliau dibawa masuk sebagai pengurus sementara dengan tugas untuk mengeluarkan Crystal Palace dari zon penyingkiran selepas mempamerkan prestasi yang sangat teruk.

Bagaimanapun sejak beliau mengambil alih, pasukan itu berjaya bangkit dan memperbaiki kedudukan kepada tangga ke-11 liga.

Sementara itu, tidak mustahil satu hari nanti Irfan akan menerima anugerah sebagai ikon bola sepak tanah air dek sumbangan besarnya dalam bola sepak tanah air.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen