Hamidin seru rakyat Terengganu hadir Festival Harimau Malaya sambil sokong skuad kebangsaan

206

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berharap Festival Harimau Malaya yang dianjurkan sempena dua perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dapat menarik penyokong di Terengganu hadir.

Beliau menyeru kepada penyokong di negeri ini untuk hadir ke festival tersebut di samping menyokong pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan pada 14 dan 20 Jun ini.


“Saya harap semua penoykong mengambil kesempatan ini untuk hadir ke Festival Harimau Malaya di sampaing sokong menyokong Malaysia dalam dua perlawanan persahabatan.

Tahniah kepada penganjur, Persatuan Bola Sepak Terengganu serta kerajaan negeri yang beri sokongan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan FAM untuk menjayakan karnival ini,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perlawanan persahabatan antara bekas pemain Terengganu dan juga bekas pemain Malaysian sempena festival tersebut.

Dalam pada itu, Hamidin menghargai legenda-legenda yang sudi menyertai perlawanan persahabatan itu.

“Pemain ini ada sebahagian pernah bersama-sama dengan saya, ramai daripada mereka yang lahir di Terengganu.

Saya ucapkan tahniah kepada mereka sudi hadir perlawanan ini untuk bekas pemain kita iaitu Harun Jusoh.”

Tambah Hamidin, beliau akan meluangkan masa untuk mengunjungi Harun yang juga salah seorang pemain dalam skuad Olimpik 1972.