Lap bola sebelum lontaran ke dalam mungkin akan diharamkan?

72

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila badan penganjur English Football League (EFL) telah memperkenalkan peraturan baru di mana mereka telah mengharamkan pemain mengelap bola sebelum melakukan lontaran ke dalam.

Peraturan baru itu hanya akan melibatkan Liga Satu dan Liga Dua di EFL di mana bukan sahaja tuala diharamkan, tetapi juga mafla yang dipakai oleh penonton atau bib yang dipakai oleh rakan sepasukan di tepi padang.


Biarpun buat masa ini peraturan itu hanya terpakai di EFL dan tiada perkhabaran samada peraturan sama akan digunakan di liga Eropah lain atau pun di rantau Asia.

Namun jika ia berlaku pastinya ia ramai pemain Asia akan terkesan dengan peraturan ini kerana kebanyakan pemain di rantau ini mempunyai kebolehan untuk melakukan lontaran jauh termasuk pemain kebangsaan Malaysia sendiri iaitu Corbin Ong.

Selain Malaysia, pasukan Indonesia juga mempunyai ‘pakar’ dalam lontaran ke dalam iaitu Pratama Arhan apabila lontaran ke dalam dari jarak 30 meter telah menerjah jarring lawan apabila penjaga gol gagal menangkap bola itu dengan kemas.

Antara faktor mengapa EFL memperkenalkan peraturan baru itu adalah bagi mengelak pemain mendapat kelebihan yang tidak sepatutnya kerana tindakan mengelap bola akan membuatkan permukaan bola menjadi kering dan akan mendapat pegangan sempurna sekaligus mampu membuat lontaran lebih jauh berbanding bola yang licin berikutan basah.

Selain itu, ia juga bagi mengelak pemain melengah-lengahkan masa untuk membuat lontaran terutamanya sekiranya pasukan tersebut sedang mendahului.

Bukan sahaja lap bola diharamkan, EFL turut memperkenalkan ‘multiball system’ selepas ini pemain tidak lagi perlu minta bola kepada ‘ball boy’ kerana bola akan diletakkan di atas kon di kawasan yang ditetapkan untuk memastikan tiada pembaziran masa berlaku.

Adakah peraturan ini akan diguna pakai di Liga Malaysia? Sama-sama kita tunggu dan lihat.