Perjuangan di Piala Asia B-17 masih belum berakhir – Osmera Omaro

238

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-17, Osmera Omaro memberitahu pasukannya masih lagi mampu mencapai sasaran mereka walaupun terpaksa akur selepas tewas 4-0 pada pasukan Yemen B-17 dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala Asia B-17 petang tadi.

Osmera berkata ia adalah adat perlawanan apabila akan ada pemenang dan kalah.


“Bola sepak memang begini, kadang-kadang kita menang, kadang-kadang kita kalah.

Kita akan bangkit dalam menang perlawanan yang seterusnya,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji corak permainan pasukan lawan yang dilihat bermain dengan baik sekali dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Yemen adalah pasukan yang baik, tahniah diucapkan kepada mereka.”

Sementara itu, skuad negara yang memilih laluan sukar kini dalam misi wajib menang dalam baki dua perlawanan menentang Thailand dan Laos untuk mara ke peringkat seterusnya.

Mereka meletak sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir yang mana jika mereka berjaya berbuat demikian, mereka akan layak ke Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung pada November depan.