Satu pasukan sahaja ada semangat nak melawan, yang selebihnya mentaliti mereka block! -Kuja

101

Kuja tak nampak mentaliti nak menang atau ‘membantai’ semua pasukan lawan dalam identiti pasukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Malaysia yang bertanding dalam Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY).

Ajwan Mohd Yusof atau lebih dikenali dengan nama in-game Kuja merupakan jurulatih interim pasukan MLBB dari Singapura iaitu RSG Slate SG yang kini sedang bertanding di sebuah kejohanan besar MLBB Southeast Asia Cup 2023 (MSC 2023) di Kemboja.


Kuja yang juga bekas jurulatih RSG Slate MY memberitahu bahawa banyak perbezaan yang di sudah nampak dari pasukan luar negara berbanding yang sedang bertapak di Malaysia ketika ini.

Menurutnya, konsep pemikiran yang sangat matang dan berani untuk berdepan dengan cabaran yang lebih besar menjadikan pasukan-pasukan e-sukan di luar negara lebih maju kehadapan.

“Dari 10 pasukan yang bermain di MPL MY sekarang hanya ada satu pasukan sahaja ada mentaliti untuk lawan sesiapa sahaja, yang selebihnya mentaliti mereka block!

Semasa saya bersama mereka (RSG Slate SG), mereka betul betul bersemangat nak menang dan tidak takut menentang lawannya yang lebih kuat,”

katanya.

Selain daripada itu, Kuja juga mahukan supaya pasukan di tanah air mengambil contoh daripada kejohanan-kejohanan antarabangsa sebegini agar pemikiran lebih terbuka dan tidak takut untuk bertemu dengan pihak lawna yang lebih berkemahiran.

“Dari segi mentaliti Singapura dan Indonesia mereka memang lebih kuat berbanding Malaysia.

Jadi saya harap semua dapat belajar sesuatu daripada apa yang terjadi di peringkat antarabangsa, kita punya mekanik semua sama tapi semuanya bergantung kepada mental kita semasa di atas pentas,”

RSG Slate SG yang dipimpin oleh Kuja menjadi juara Kumpulan B selepas berjaya menumpaskan  bekas juara dunia M1 iaitu Evos Legends yang berasal daripada Indonesia dan juga Fenix Esport wakil daripada Myanmar.

Namun hari ini, perjalanan mereka di MSC 2023 berakhir setelah tumpas 3-0 ke atas pasukan tuan rumah iaitu Burn X Flash sekaligus menghantar satu-satunya pasukan daripada Singapura itu pulang.

Tidak dilupakan juga untuk para peminat MLBB di seluruh Malaysia, ayuh kita sokong pasukan negara iaitu Todak yang bakal berentap dengan pasukan Echo daripada filipina bagi meneruskan lagi perjuangan ke separuh akhir seawal 3:00 PM waktu tempatan!