Saya minta maaf  kepada TMJ atas kecederaan yang dialami oleh Feroz & Naxto Insa – Kim Pan-gon

456

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon memohon maaf kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris berikutan kecederaan yang dialami oleh dua pemain kelab itu iaitu Feroz Baharudin dan Natxo Insa.

Menurut Pan-gon, kedua-dua pemain itu yang mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Kepulauan Solomon baru-baru ini menyebabkan beliau terpaksa melepaskan mereka.


“Seperti yang anda tahu kami telah mengambil keputusan untuk melepaskan Feroz Baharudin dan Natxo Insa kerana kecederaan yang dialami. Kita sudah membuat penilaian dan merasakan lebih baik lepaskan kedua-dua pemain itu untuk melindungi mereka.

Saya minta maaf kepada kelab JDT terutamanya TMJ kerana baginda memberi sokongan penuh dan dorongan untuk memberi kita pemain yang dimahukan supaya kami dapat bentuk sebuah pasukan yang kuat,”

katanya.

Pan-gon juga berkata beliau dan barisan kejurulatihan sentiasa memberi perhatian kepada tahap kecergasan pemain dan akan melindungi pemain dari sebarang kecederaan.

Susulan itu, kedua-dua pemain itu tidak akan disisihkan untuk satu lagi perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea pada 20 Jun ini.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya berjaya membenam Kepulauan Solomon 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Beliau juga memberitahu bahawa pemain warisan Nooa Laine sudah tiba dan pulih sepenuhnya serta akan berada dalam senarai bersedia untuk dipanggil.

Dalam pada itu, Pan-gon juga menjelaskan bahawa ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan menjejaskan pasukan kerana beliau sudah pun mempunyai pemain yang akan mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan.

“Nooa sudah pun sampai di sini dan sudah pulih sepenuhnya, jadi beliau boleh berada dalam senarai menunggu.

Untuk satu lagi posisi iaitu untuk pemain tengah pula kita sudah mempunyai pengganti, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita ‘cover’ posisi yang ditinggalkan.”

Beliau turut memberitahu bahawa pegawai perubatan pasukan kini sedang membuat penilaian lagi terhadap tahap kecergasan beberapa pemain dalam tempoh beberapa hari ini sebelum buat keputusan samada akan terus bersama pasukan atau dilepaskan demi melindungi pemain.

Sementara itu, selepas perlawanan pertama baru-baru ini beliau telah membuat analisis perlawanan dan berkata pemain perlu kurangkan buat kesilapan mudah jika mahu menjadi sebuah pasukan yang hebat.

“Jika kita hendak bermain permainan berkualiti, kita perlu kurangkan kesilapan kecil termasuk masalah ‘decision making’. Untuk taktikal permainan saya sangat berpuas hati.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen