Willian Lira keluar KDA FC, Nafuzi Zain masih ada penyerang ‘on fire’

1,414

Penjaring terbanyak untuk Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Willian Lira telah mencapai pesetujuan untuk berpisah dan kekosongan di bahagian serang itu membuka ruang dan peluang untuk penyerang lain yang untuk merebut tempat.

Menghampiri jendela perpindahan kedua Julai ini, banyak pasukan kini sedang sibuk membuat percangan termasuk sudah mula memancing pemain-pemain baru untuk baki saingan Liga Super.


Pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain juga dijangka akan membawa masuk pemain bagi menggantikan Lira, namun beliau turut mempunyai pilihan dalam skuad sedia ada termasuk Jonathan Balotelli.

Walaupun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian, namun beliau diturunkan dalam kesemua 14 perlawanan dan memberi impak besar setiap kali beliau diturunkan.

Dengan rekod dan statistik yang menarik meskipun minit bermain secara purata dalam 22 minit sahaja per perlawanan namun pemain yang berusia 34 tahun itu sudah menjaringkan empat gol dan juga satu bantuan jaringan.

Perkara ini menunjukkan bahawa dia merupakan calon yang sesuai bagi menggantikan tempat rakan senegaranya itu akan tetapi atas faktor umur juga mungkin Nafuzi boleh memikirkan seorang lagi pemain ini yang boleh digilirkan bersama bagi posisi menyerang.

Pemain yang dimaksudkan adalah Ebenezer Assifuah yang dibawa masuk KDA FC pada awal musim ini sememangnya pasangan yang sesuai untuk berganti-ganti membantu jentera serangan yang dirangka oleh Nafuzi untuk pusingan kedua ini.

Assifuah, 29 yang kini sedang beraksi cemerlang di  Piala MFL selain menggalas tugas di bahagian serangan KDA FC B telah membuktikan ketajamannya untuk menjaring gol ada dalam dirinya.

Setelah sembilan perlawanan, KDA FC B kini sedang berada di kedudukan kedua dan Assifuah telah mencentak 10 gol daripada 10 percubaan ke pintu gol lawan secara tak langsung memberitahu bahawa beliau sudah bersedia untuk ke Liga Super.

Namun sekiranya melihat daripada atas kertas Assifuah dan Balotelli ini mempunyai kemahiran dan ketajamannya yang harus dimilik oleh seorang penyerang namun ia bergantung juga kepada taktikal dan juga perancangan yang dirangka oleh Nafuzi.

Kini KDA FC menunjukkan prestasi yang konsisten selepas 14 perlawanan mereka berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan sembilan kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.