CikuGais akui ‘takut’ punca Todak karam di MSC 2023

305

Atlet Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Muhammad Fuad akui takut punca utama dalam perlawanan menentang Echo pasukan daripada Filipina hari ini.

MLBB Southeast Asia Cup (MSC) 2023 hari ini menampilkan dua lagi perlawanan suku akhir di mana pasukan negara yang diwakili oleh Todak ditumpaskan oleh Echo daripada Filipina dengan keputusan akhir perlawanan 3-1 dalam penentuan Best of five (Bo5).


Muhammad Fuad atau nama in-game, CikuGais meluahkan bahawa faktor utama mereka dikalahkan hari ini berpunca daripada takut untuk ‘commit’ dalam mendapatkan objektif sehinggakan memberikan peluang kepada musuh meninggalkan ekonomi (gold) Todak seterusnya memonopoli permainan.

“Saya rasa punca dia takut lah sebenarnya, takut untuk bersungguh-sungguh, sebab nanti kalau bersungguh-sungguh sangat kena kutip dengan lawan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain itu, ketua pasukan Todak itu juga memberitahu beliau tidak pasti apa yang difikirkan oleh ahli pasukannya semasa berentap tadi namun kerja sepasukannya juga yang banyak membantu dari segi ‘farming’ untuk membina kekuatan hero yang dimainkannya.

“Saya main macam biasa, tapi untuk pasukan saya, saya taktahu apa yang diorang fikir.

Selain itu saya tak carry pasukan pun, tapi pasukan saya banyak bantu beri farm lebih.”

Pemain berusia 22 tahun itu juga memberitahu bahawa corak pemainan sangat berbeza jika dibandingkan Malaysia yang sering melakukan kesilapan-kesilapan pada awal perlawanan namun masih boleh menang pada hujungnya namun di peringkat antarabangsa sekali kesilapan dibuat, pihak lawan akan mendominasi permainan itu.

Apabila ditanya adakah dia bakal bermain lagi bersama Todak selepas ini sehingga menjadi juara MSC beliau tidak dapat memberi komen, namun beliau memberi bayangan berkemungkinan bakal beraksi di pasukan lain.

“Untuk kedepan boleh jadi saya akan main lagi, boleh jadi saya tak main, boleh jadi juga saya dekat pasukan lain, jadi begitulah.”

Todak yang sudah tiga kali menjadi wakil Malaysia ke MSC masih tidak berjaya menjulang piala berprestij peringkat global dalam komuniti MLBB, tapi ia bukanlah pengakhiran dan membuktikan masih banyak pasukan e-sukan MLBB di Malaysia perlu menambah baik corak permainan dan ilmu kemahiran mereka.