Kami datang ke perlawanan untuk dapatkan kemenangan – Dominic Tan

179

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Dominic Tan memberitahu bahawa mereka sentiasa hadir ke perlawanan untuk dapatkan kemenangan tanpa mengira siapa pasukan lawan.

“Kami datang ke perlawanan untuk dapatkan kemenangan. Latihan ketika ini juga berjalan dengan cukup baik jadi kami berharap pada perlawanan akan datang nanti kami akan memperoleh kemenangan,”

katanya.

Selepas berjaya menumpaskan Kepualauan Solomon 4-1 baru-baru ini, skuad negara akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea pula pada 20 Jun ini.


“Setiap perlawanan antarabangsa bukan mudah, tapi seperti yang saya katakan tadi kita akan datang ke perlawanan dengan minda positif untuk mendapatkan kemenangan.

Ya tidak dinafikan dapat jaringkan banyak gol adalah perkara yang cukup bagus tapi perkara utama adalah kita bermain mengikut objektif kita dan sudah semestinya mahu menang.”

Dalam pada itu, Dominic juga gembira melihat jumlah kehadiran peminat yang hadir ke stadium untuk menyokong mereka kerana berkata ia bukan sahaja membakar semangat mereka tetapi juga membuatkan mereka cepat menyesuaikan diri dengan perlawanan.

“Ia sentiasa perkara yang cukup baik untuk ada peminat untuk sokong kami, pada masa sama bantu kami untuk cepat menyesuaikan diri dengan perlawanan dengan lebih mudah.”