Ranking tak beri gambaran sebenar sesebuah pasukan – Stuart Wilkin

742

Pemain tengah pasukan kebangsaan, Stuart Wilkin memberitahu bahawa kedudukan ranking dunia tidak memberi gambaran sebenar mengenai kekuatan sesebuah pasukan dan mereka tidak boleh memandang rendah apabila bertemu Papua New Guinea pada 20 Jun ini.

Menurut Stuart, perkara itu telah dibuktikan apabila pasukan kebangsaan Malaysia berjaya menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 pertama walaupun ranking negara itu lebih tinggi dari negara iaitu di kedudukan ke-134 dunia.


“Saya rasa sukar untuk cakap kerana kebanyakan pasukan ini tidak kisah ranking tinggi atau rendah kerana sebagai pasukan kami yakin dapat beri saingan.

Saya juga merasakan kedudukan ranking tidak beri gambaran sebenar kekuatan sesebuah pasukan. Kita akan kekal dengan perancangan asal permainan dan cuba jaringkan gol sebanyak yang mungkin,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pasukan ketika ini sedang dalam persiapan untuk perbaiki segala kelemahan dari perlawanan sebelum ini.

Beliau pada masa sama juga berharap beliau dan rakan sepasukan dapat mengurangkan kesilapan seperti yang berlaku pada perlawanan menentang Kepulauan Soloman dan memanfaat setiap peluang yang terhidang.

Dalam pada itu, beliau mengakui persaingan dalam posisi tengah cukup sengit kerana pasukan mempunyai ramai pemain tengah yang berkualiti, namun beliau sentiasa akan berikan yang terbaik.

“Ketika ini ada banyak pemain tengah yang cukup baik dalam pasukan dan juga bermain di Liga Malaysia. Ia sukar tapi saya sentiasa cuba buat yang terbaik dan beri segalanya untuk pasukan kebangsaan.”

Perlawanan menentang Papua New Guinea akan berlangsung pada Seles aini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).