Suara Penyokong Harimau Malaya: ‘Sistem Liga-M mesti dirombak’

758

Seorang fan Harimau Malaya yang dikenali sebagai “Bima Sakti” berpendapat bahawa sistem liga Malaysia perlu diubah ke arah penswastaan yang tidak lagi bersifat ‘kenegerian’.

Menjelang pelaksanaan penswastaan liga sepenuhnya pada 2023, namun yang dilihat tiada langkah yang drastik ke arah tersebut. Perkara ini dinyatakan melalui kiriman beliau kepada Harimau Malaya yang membuka peluang kepada peminat bolasepak tanah air untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka sebagai penyokong.


Bima mengatakan bahawa sistem liga boleh diubah dari team berasaskan negeri yang berpusat di ibu negeri kepada team berasaskan setiap ‘hometown’ iaitu bandaraya, bandar, pekan ataupun sekurang-kurangnya daerah. Contohnya Muar ada team Muar Rangers atau Tampin ada team Tampin United. Tak semestinya orang Muar perlu ke Johor Bahru untuk sokong JDT atau orang Tampin pergi ke Seremban sokong Negeri Sembilan.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap agar mentaliti penyokong juga perlu berubah. Sokongan harus diberikan pada pasukan di mana tempat anda bermastautin. Dari situlah akan bermulanya ‘fan base’ bagi sesebuah pasukan. Dengan langkah yang sama bererti pasukan FA negeri perlu ‘rebranding’ nama dan menjadi hometown ibu negeri masing-masing. “Misalnya Sri Pahang akan jadi Real Kuantan, Perak jd Ipoh FC, JDT jd JB City dan begitulah bagi setiap negeri”.

Dengan mengaplikasikan sistem sebegini team dalam liga akan bertambah. Liga Super dan Liga Premier masing-masing mempunyai 16 team n Liga M3 ada 20 hingga 24 pasukan. Jika lebih banyak team maka lebih ramai pemain yang berpotensi untuk bermain dengan skuad kebangsaan. Untuk penggunaan pemain import pula, ia bergantung pada kemampuan pasukan masing-masing.

Antara contoh kelab yang mewakili nama daerah. Sumber foto : FB Real Chukai FC

Pengkhususan Piala Malaysia pula hanya untuk pasukan negeri iaitu semua 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ini bermakna akan ada 16 pasukan bertanding dibahagi kepada 4 group dan tidak boleh melibatkan pemain import. Beri peluang kepada pemain tempatan pula beraksi untuk setiap negeri dan pasukan Wilayah Persekutuan dengan menetapkan hanya boleh menggunakan 3 pemain dari team negeri lain dan selebihnya hanya gunakan pemain yang lahir atau membesar lebih 10 tahun di negeri atau Wilayah Persekutuan tersebut.

Sebagai penutup, Bima turut menyarankan agar Piala Malaysia diadakan sebelum liga bermula ataupun seperti sedia ada selepas liga berakhir. Dan dengan ini juga, penyokong berpeluang untuk menyokong pasukan negeri atau Wilayah Persekutuan masing-masing.

Beliau dan segenap penyokong bolasepak tanah air pastinya menantikan perubahan dan penswastaan liga ini bakal terealisasi. Hanya MFL dan FAM yang boleh menjawab persoalan ini. Sama-sama kita nantikan!