Disiplin tinggi dan mentaliti kuat jadi kunci kepada konsistensi Corbin Ong

222

Pemain pertahanan kiri pasukan kebangsaan, Corbin Ong memberitahu disilipin tinggi dan mentaliti kuat menjadi kunci kepada kejayaannya untuk terus kekal konsisten dan sentiasa menjadi pilihan dalam pasukan Malaysia dan juga kelabnya Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Perkara paling penting adalah untuk terus kekal cergas, kekalkan disiplin tinggi dan mempunyai mentaliti kuat, pada masa sama merendah diri dan fokus,”

katanya.

Corbin juga gembira dengan keadaan semasa pasukan yang mana mereka mahu meneruskan momentum kecemerlangan pada perlawanan menentang Papua New Guinea esok.


Terdahulu, beliau membantu pasukan Harimau Malaya menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

Dalam pada itu, Corbin berkata beliau dan rakan sepasukannya akan terus mempamerkan aksi terbaik buat peminat.

“Perancangan kami adalah untuk berikan yang terbaik untuk negara dan berikan keputusan baik untuk peminat kerana.”

Skuad kendalian Kim Pan-gon akan turun menentang Papua New Guinea esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah sebahagian daripada persiapan skuad negara menjelang kejohanan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada Januari 2024.