Azeem Fahmi semakin cemerlang di USA, namun cabaran Puripol Boonson menanti di Sukan Asia

1,451

Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi sudah pasti bakal ke pentas Sukan Asia Hangzhou, China September ini untuk mengetuai cabaran skuad olahraga negara, namun jangan dilupa Thailand turut menyiapkan bintang 100 meter mereka, Puripol Boonson.

Azeem Fahmi yang sebelum ini telah menyambung pelajarannya di universiti Auburn dan menyertai pelbagai kejohanan olahraga di sana diberi pelepasan bagi turun bersama-sama atlet lain membuat persiapan menjelang Sukan Asia yang bakal bermula tidak lama lagi.


Pelari pecut berumur 19 tahun itu kini dikhabarkan bakal memberikan saingan yang sengit buat pelari-pelari di peringkat Asia apabila menampilkan persembahan yang mengagumkan dalam beberapa siri kejohanan semasa dirinya di Amerika Syarikat.

Namun cabaran terdekat yang perlu beliau hadapi adalah daripada atlet negara jiran itu yang merupakan pemenang pingat tiga pingat emas pada Sukan Sea Hanoi, yang dianggap sebagai raja pecut Asia Tenggara ketika ini.

Dengan rekod 10.09 saat dalam acara 100 meter di Hanoi, kini beliau merupakan pesaing terkuat dalam kalangan pelari pecut Asia Tenggara yang bakal bersaing di Sukan Asia September ini.

Pernah dipuji oleh jaguh-jaguh pecut luar negara berkenaan prestasi membanggakan yang ditunjukkan semasa bertanding di Sukan SEA 2021 lalu pada usia 16 tahun, wonderboy Thailand itu menjadi harapan Thailand untuk memenangi medal di Sukan Olimpik pada masa hadapan.

Perseteruan Azeem dan Puripol boleh diibaratkan sebagai ‘rival’ antara Thailand dan Malaysia yang kembali berulang seperti satu ketika dahulu, di mana pelari pecut legenda Malaysia iaitu Watson Nyambek bersaing dengan seorang lagi jaguh daripada Thailand iaitu Reanchai Seeharwong.

Dalam persaingan Sukan Asia di Bangkok 1998, Watson berada di pertandingan akhir sebaris dengan jaguh-jaguh Asia dari Jepun, China dan juga Reanchai yang berakhir dengan beliau menamatkan larian di kedudukan keempat, hanya satu saat di belakang pelari Jepun dan Reanchai yang mendapat pingat perak.

Menjelang Sukan Asia juga, Azeem bakal menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Thailand terlebih dulu sebagai persediaan yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen