Ditertawakan ‘friendly’ dengan lawan lemah, Malaysia layak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, Indonesia mula pusingan pertama

17,762

Malaysia yang mengakhiri saingan persahabatan baru-baru ini dengan dua kemenangan tersenyum lebar apabila tidak perlu bermain di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 berdasarkan ranking yang dikemas kini selepas FIFA Window baru-baru ini.

Malaysia tersenarai antara 25 pasukan terbaik di Asia dalam ranking FIFA dan akan melayakkan diri ke pusingan kedua secara automatik.


Namun, berbeza pula dengan negara jiran, Indonesia yang terpaksa melalui pusingan pertama selepas hanya menduduki tangga ke-28 di Asia.

Kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Argentina dan seri dengan Palestin tempoh hari menyebabkan mereka tidak berjaya mengumpul mata mencukupi untuk melonjakkan kedudukan dalam ranking FIFA, dan harus bermain di pusingan pertama.

Malaysia pula yang cemerlang dengan menundukkan Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon telah berada di pot ketiga, dan akan terus diundi masuk ke pusingan kedua yang akan dijalankan dimainkan secara kumpulan.

Nampaknya, percaturan Malaysia untuk menentang pasukan yang tidak begitu kuat sebenarnya adalah bijak, kerana Malaysia akhirnya berjaya menempatkan diri di kelompok 25 terbaik Asia.

Walaupun ada pihak yang mengecam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menganjurkan perlawanan dengan lawan yang tidak kuat, dan memuji Indonesia kerana berjaya mengatur perlawanan persahabatan dengan lawan yang lebih kuat seperti Argentina dan Palestin.

Peminat bola sepak di Indonesia juga ada yang mentertawakan Malaysia kerana hanya menentang lawan yang tidak kuat seperti Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, tetapi kini Malaysia boleh berbangga dengan kedudukan untuk kelayakan Piala Dunia akan datang.

Sdah terbukti bahawa perancangan barisan kejurulatihan Kim Pan-gon berjalan dengan baik apabila usaha skuad kebangsaan untuk mengejar mata FIFA sebelum undian ini dijalankan akhirnya membuahkan hasil.

Jika dilihat semula pada carta pasukan Asia yang dikeluarkan oleh Footy Rankings, sekiranya pasukan dibawah kendalian Shin Tae-yong itu bermain dengan pasukan yang mampu mereka saingi dan mendapatkan kemenangan, sudah pasti skuad Garuda tersebut berjaya memintas pasukan Hong Kong yang cuma dibezakan dengan 2.5 mata sahaja di hadapan memandangkan Hong Kong telah kalah kedua-dua perlawanannya berdepan Thailand dan Vietnam baru-baru ini.

Hasil daripada kekalahan kepada skuad La Albiceleste tempoh hari menyebabkan pasukan Indonesia jatuh ke tangga 150 dan mengalami penolakan mata sebanyak 0.45 berbanding Malaysia yang menang kedua-dua perlawanan sekaligus melonjakkan kedudukan ke tangga 136 ranking FIFA dengan penambahan sebanyak +9.45 mata.

Perkara ini menunjukkan prestasi yang membanggakan buat kem bola sepak negara apabila dalam kelayakan piala dunia yang lepas kita masih lagi dalam ranking 168 dan bermain di pusingan kelayakan pertama seperti yang dialami oleh Indonesia kini.

Oleh yang demikian dengan potensi dan prestasi yang ditonjolkan para pemain dibawah kepimpinan KPG tidak salah untuk kita meletakkan keyakinan buat mereka layak ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, namun itu semua tertumpu kepada undian yang bakal di jalankan pada 27 Julai hadapan.