Kesal juga tak dapat kaps lebih banyak dengan Malaysia, minit permainan banyak, main pun kelab ‘top’ – Rizal Fahmi Rosid

870

Bekas pemain kebangsaan, Rizal Fahmi Rosid mengakui terkilan kerana tidak dapat membuat penampilan yang banyak bersama Harimau Malaya ketika beliau masih aktif bermain.

Beliau merasakan bahawa berdasarkan prestasinya ketika di puncak, beliau sepatutnya mendapat kaps yang lebih banyak bersama skuad kebangsaan.


“Memang ada rasa kesallah sebab kita dah buat yang terbaik, minit permainan pun banyak, dan bermain pula untuk pasukan yang top juga ketika itu iaitu Selangor dan sebelum itu Kelantan.

Tetapi kadang-kadang memang tiada rezeki, kita berserah sajalah, cuma ketika itu Selangor memang bersaing dengan JDT dapat tempat kedua dan Piala Malaysia, sudah tentulah setiap pemain ada impian nak sarung jersi kebangsaan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sepanjang kariernya, Rizal hanya melakukan dua penampilan bersama skuad kebangsaan.

Beliau merupakan salah seorang pemain yang memenangi gelaran treble bersama Kelantan FC pada tahun 2012.

Mengenai jurulatih yang paling beliau mudah bekerjasama adalah B Sathianathan disebabkan karektornya yang mudah didekati.

“Saya memang selesa bekerja di bawah Sathianathan, beliau di dalam padang adalah seorang yang amat tegas tetapi di luar padang memang mesra dan prihatin dengan pada pemain, selalu juga belanja makan.

Untuk jurulatih yang paling saya perlu kerja keras pula adalah Bojan Hodak, memang berat nak ikut gaya beliau, tapi kami berjaya memenangi treble.”

Tambah Rizal, kejayaan itu menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan olehnya selain dua gol iaitu menentang Lions XII dan Terengganu.