Amirah yakin boleh menang menentang Singapura di Kejuaraan Wanita B-19 AFF

119

Ketua pasukan Malayan Tigress B-19, Nur Amirah Rahman menyuarakan keyakinannya bahawa pasukannya mampu menang apabila menentang Singapura di Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2023 nanti.

Menurut Amirah, walaupun tiada sasaran diletakkan kepada mereka namun beliau yakin dengan kemampuannya dan rakan sepasukan untuk dapat keputusan positif di kejohnan itu nanti.


“Sasaran saya adalah untuk kita menang satu dan sekurang-kurangnya seri satu perlawanan.

InsyaAllah saya yakin kita boleh menang menentang Singapura nanti. Kami akan cuba buat yang terbaik,”

katanya.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan gergasi Vietnam dan Singapura.

Dalam pada itu, Amirah juga berkata keserasian antara pemain juga semakin baik selepas mereka sudah menjalani latihan bersama lebih seminggu.

Persiapan berada pada tahap terbaik dan berdasarkan dua perlawanan persahabatan sebelum ini kami sudah memperlihatkan persefahaman yang bagus.”

Beliau bagaimanapun enggan terlalu selesa sebaliknya akan terus memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan sebelum ke Palembang, Indonesia untuk mengharungi kempen AFF yang akan berlangsung pada 5 hingga 15 Julai ini.