Tidak mustahil untuk Malayan Tigress B-19 mampu ke separuh akhir – Mecca Rania

171

Penyerang pasukan Malayan Tigress B-19, Nur Mecca Rania menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan pasukannya untuk mara ke separuh akhir Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2023 di Palembang, Indonesia nanti.

Menurut Mecca, dengan prestasi semasa pasukan dan jika setiap pemain dapat terjemahkan perancangan dan taktikal ketua jurulatih Cameron Ng apabila di atas padang, beliau tidak melihat masalah besar apabila mereka menentang pasukan pilihan seperti Vietnam.


“Kami semua yakin walaupun ramai yang menganggap Vietnam adalah pasukan yang kuat. Kita akan lihat bagaimana perlawanan itu nanti kerana jika setiap pemain dapat ikut setiap perancangan dan taktikal jurulatih dan semua pemain memberikan komitmen 100% saya tidak melihat ia akan menjadi masalah besar untuk kami,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Skuad Malayan Tigress telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Singapura.

Beliau turut meletakkan sasaran untuk untuk cipta sejarah mara ke peringkat separuh akhir dan yakin pasukannya mampu merealisasikannya.

Dalam pada itu, Mecca mengakui tugas berat menantinya sebagai penyerang, namun beliau enggan meletak tekanan tinggi buat dirinya.

“Sebagai seorang penyerang saya perlu lebih kreatif dan bijak membaca setiap perlawanan untuk cub menembusi barisan pertahanan pihak lawan.

Saya juga sudah membuat persiapan lebih awal lagi apabila sudah membuat latihan sebelum dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat, jadi saya harap dapat pamer aksi terbaik saya nanti.”

Skuad negara akan memulakan kempen Kejuaraan AFF menentang Singapura pada 8 Julai sebelum menentang Vietnam pada 10 Julai.