Vietnam cemburu Indonesia dipilih tuan rumah Piala Dunia B-17

138

Vietnam menyifatkan Indonesia sebagai ‘anak emas’ kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) yang boleh dikatakan memberi peluang kedua kepada negara tersebut selepas terlepas daripada menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20.

Piala Dunia B-17 yang bakal dilangsungkan di Indonesia terima perlbagai reaksi daripada negara-negara Asia Tenggara terutama mereka yang menyertai Piala Asia B-17 baru-baru ini yang mana Indonesia telah layak secara automatiknya disebabkan kuota sebagai tuan rumah.


Media Vietnam yang paling kecoh mengetengahkan isu sehingga mengatakan Indonesia merupakan ‘anak emas’ FIFA meskipun prestasi yang ditonjolkan skuad itu tidak memberansangkan.

Hal ini dapat dilihat daripada beberapa pasukan daripada Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand, Laos dan Vietnam sudah ke Piala Asia baru-baru ini namun tiada yang berjaya menjejakkan kaki ke Piala Dunia.

Kini Indonesia menjadi satu-satunya pasukan rantau Asia Tenggara yang bakal bermain di pentas Piala Dunia disamping Thailand yang hampir sahaja menjadi pasukan kedua namun disekat oleh Korea Selatan di pentas suku akhir selepas tewas 4-1.

Di samping itu, bekas pemain kebangsaan Bima Sakti Tukiman telah ditugaskan bagi mengetuai skuad Indonesia untuk ke Piala Dunia B-17 Tahun dengan beberapa sesi rombakan dan pemilihan semula ahli pasukan bagi membawa skuad terbaik ke Piala Dunia itu nanti.

Selain itu, Erick Thohir iaitu Presiden Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memberitahu bahawa setelah sesi pemilihan pemain selesai pada bulan Ogos mereka akan menghantar terus para pemain ke luar negara untuk melakukan latihan intensif bersama-sama pasukan daripada Eropah, Asia dan Afrika.

Untuk rekod, Indonesia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menjadi tuan rumah buat Piala Dunia B-17 sejak diperkenalkan pada tahun 1985.

Permohonan Peru untuk menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini ditolak atas sebab tidak bersedia dari segi infrastruktur.