Rizal main ‘full game’ Sabah FC vs Kelantan United FC, seperti sudah tiada masalah

142

Pada perlawanan Sabah FC (SFC) menentang Kelantan United FC (KUFC) telah menyaksikan pemain pertahanan Rizal Ghazali diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan menyaksikan beliau bermain sehingga tamat perlawanan di mana Sabah berjaya menang 3-0.

Rizal Ghazali sebelum ini terpalit dengan pertuduhan memukul teman wanitanya yang dikenali sebagi Dr Hana Rose namun kes tersebut kini tidak lagi menjadi perbualan hangat ramai, tetapi adakah perkara ini sudah dilupakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Marzuki Nasir?


Ini kerana sebelum ini Marzuki Nasir memberitahu bahawa beliau tidak akan menerima segala bentuk keganasan yang melibatkan para pemain samada didalam padang mahupun urusan peribadi mereka dan ada juga mengatakan kes Rizal ini boleh diibaratkan seperti perilaku Mason Greenwood yang mana pemain muda itu didakwa memukul teman wanitanya dan disisihkan daripada skuad Manchester United.

Namun dalam tempoh beberapa hari ini, pemain yang berasal daripada Kedah itu tampak bebas seperti tiada sebarang masalah untuk diturunkan bagi bermain bersama skuad SFC semalam dan SFC II dalam saingan piala MFL baru-baru ini.

Pemain berusia 31 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Majistret telah menetapkan 24 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Hal ini sangat bercanggah dengan apa yang dikaitkan oleh Marzuki sebelum ini seolah-olah hanya sekadar berkata-kata namun tiada tindakan disiplin atau tatatertib yang dikenakan atas pemain itu.

Dalam kes Greenwood sepanjang tempoh perbicaraan pemain itu, pihak kejurulatihan dan pengurusan Manchester United yang tidak menyokong keganasan domestik ini telah menyisihkan serta membuang nama pemain itu daripada skuad sehingga Greenwood didapati tidak bersalah.

Sehingga kini pemain yang dikatakan sebagai ‘wonderkid’ England itu masih belum bermain atau tersenarai untuk bermain semula bersama skuad senior dan mungkin akan meninggalkan kelab tersebut menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.

Namun Rizal sebelum ini turut membuat perkongsian bahawa segala pertuduhan yang dijatuhkan atasnya biarlah mahkamah sahaja yang adili dan beliau tidak mahu menuding jari bagi menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar.

Ia juga secara tak langsung menunjukkan bahawa Rizal seorang pemain yang berpengalaman apabila mampu menyerap tekanan dan tidak campur adukkan maslaah peribadi apabila turun beraksi di atas padang.