KBS tak perlu pertahan diri & tuding jari

771

Sejak beberapa hari ini kecoh dengan tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) membuat penstrukturan semula skim bayaran elaun bagi atlet berikutan kekangan dana kerajaan telah mencetuskan kekecewaan para atlet.

Menerusi penstrukturan itu menyaksikan pemenang pingas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan mendapat elaun RM2,000 manakala pemenang pingat perak dan gangsa menerima elaun berjumlah RM800. Atlet senior pula dapat RM800 dan RM500 buat atlet pelapis yang berada dalam program tetapi tidak meraih pingat.


Sumber foto: MSN Facebook

Para atlet yang terkejut dengan keputusan terbaru MSN itu mula mempersoal tindakan itu apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ti Lian Ker meminta MSN mengkaji semua elaun atlet mengikut kes.

Antara atlet yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hati dengan keputusan baru MSN ini adalah atlet padang Rayzam Shah Wan Sofian yang berang dengan tindakan itu yang mana beliau kemudian membuat kenyataan ‘baik kerja McDonald’s.

KBS dan MSN dilihat seperti tidak berkomunikasi antara satu sama lain kerana kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bercanggah dan tak selari sekaligus membuatkan atlet menjadi mangsa.

KBS sepatutnya sudah sedia maklum dengan tindakan terbaru MSN memandangkan badan itu bernaung dibawahnya, namun sebaliknya berlaku.

Adakah pihak KBS dan MSN tidak sedar bahawa atlet-atlet ini berjuang bermati-matian untuk negara tetapi tidak dihargai.

Jika elaun atlet ditolak, bagaimana seseorang atlet dapat memberi fokus seratus peratus pada latihan sekiranya perlu memikirkan soal kewangan atau perlu mencari kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan harian.

Sumber foto: MSN Facebook

Ia juga akan membuatkan para atlet pelapis dan baru berasa tidak ‘selamat’ jika memilih untuk fokus pada sukan kerana ia tidak menjamin masa depan.

Sekiranya perkara ini berlaku negara akan ketandusan atlet dan akan menyebabkan industri sukan yang sebelum ini mempunyai percapaian terbaik merosot dek ketiadaan atlet-atlet berkualiti.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah pihak KBS dan MSN perlu memikirkan satu solusi yang terbaik untuk menjaga para-para atlet yang menyumbang kepada negara. Pastikan mereka tidak dibebani dengan masalah-masalah yang boleh menjejaskan prestasi mereka.

Sekiranya kebajikan atlet segala kemudahan seperti latihan dan lain-lain dijaga dengan baik, nescaya atlet tersebut mampu mencipta kejayaan buat negara tercinta.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.