Mampukah e-sports menerajui sukan di Malaysia?

479

Sambutan menggalakkan di kalangan pemain, namun adakah cukup hebat dalam kalangan peminat sukan tempatan?

Harimau Malaya mendapatkan pandangan seorang yang terlibat secara langsung dalam e-sukan ini sebagai peserta, streamer dan caster tournament yang dikenali sebagai Anjang. Beliau berkata bahawa e-sports di Malaysia sebenarnya sudah lama berkembang maju kerana sukan tersebut terbuka kepada semua golongan umur dan tidak mengira bangsa.


Namun, untuk menganggap e-sports akan menerajui sukan di Malaysia, ia adalah subjektif. Hal ini kerana e-sports berada dalam kategori yang berbeza dengan sukan fizikal seperti bolasepak dan badminton. Kos dan keupayaan yang diperlukan untuk mencari bakat baru dalam e-sukan ini juga tidak sama.

E-sport tidak memerlukan proses mencungkil bakat baru yang panjang seperti sukan fizikal yang perlu melalui kejohanan yang dianjurkan institusi tertentu kerana atlet e-sports boleh bergerak sendiri. Melalui mana-mana pertandingan yang disertai, scout talent akan melakukan kerja mereka dan merekrut peserta yang dianggap berpotensi menjadi pro-player.

Meskipun kerajaan memperuntukkan agak banyak untuk pembinaan hub e-Sukan bakal menjadi lokasi utama dan pusat latihan kontinjen Malaysia yang bertan­ding dalam pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa, namun dari segi sambutan penyokong mungkin masih jauh berbeza dengan sukan fizikal.

Jadi untuk menjawab persoalan sama ada ia mampu menggugat sukan bolasepak? Jawapannya mungkin tidak. 

“Bolasepak adalah sukan yang sudah jadi tradisi. Dari zaman sekolah ketika subjek Pendidikan Jasmani pun kita main bola bukan main game di handphone. Suasana kat stadium pun berbeza dengan suasana di tournament e-sport offline. Sukan fizikal memberi adrenalin yang berbeza”

Ujarnya kepada Harimau Malaya

Dengan inisiatif KBS mengetengahkan e-sport dan memperuntukkan untuk pembangunan e-sports ini wajar dipuji kerana sukan tersebut adalah antara sukan yang menarik minat ramai penaja dan menawarkan pendapatan yang lumayan melalui hadiah yang bakal dimenangi dalam sesebuah tournament. Kita sebagai penyokong sukan tempatan pula harus memainkan peranan untuk menyokong semua kontinjen negara yang beraksi di peringkat antarabangsa termasuklah e-sports.