Susah komunikasi dengan Choi Moon-sik, Frank Bernhardt tak hormat pemain dan staf – Pol Corpas

865

Bekas juruanalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas menyifatkan kesukaran untuk berkomunikasi merupakan antara sebab bekas ketua jurulatih pasukan itu, Choi Moon-sik tidak berjaya.

Katanya, Moon-sik tidak mampu berturut Bahasa Inggeris, jadi amat sukar untuk berkomunikasi dengan pemain dan jurulatih lain.


“Saya tiba di Malaysia pada tahun 2020 ketika itu Marco Ragini panggil saya, tetapi beliau tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya di sini jadi tidak dapat membawa keputusan.

Kemudian saya bekerja di bawah Rezal Zambery pula, sebelum Moon-sik ambil alih pada tahun berikutnya, tetapi sukar untuk berkomunikasi dengannya kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris, hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea, jadi ia agak sukar dan prestasi pasukan juga tidak bagus,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau menyifatkan bahawa Rezal Zambery mempunyai potensi yang besar dan boleh menjadi salah satu jurulatih terbaik di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata bahawa ketua jurulatih yang menggantikan Moon-sik iaitu Frank Bernhardt mempunyai sikap yang buruk.

“Di bawah Frank adalah satu malapetaka, beliau tidak menghormati pada pemain dan staf, rekodnya dengan UiTM sebelum ini juga tidak baik.

Keputusan pasukan Kelantan di bawah kendaliannya juga membuktikan segala-galanya.”

Tambahnya, Kelantan pada awal musim ini melakukan persiapan dengan lambat, justeru menyebabkan mereka di kedudukan tercorot ketika ini.

Walaubagaimanapun, beliau berterima kasih kepada rakan-rakannya dalam pasukan itu, serta para pemain yang sentiasa bekerjasama walaupun pihak pengurusan bermasalah.