Malaysia sudah jauh ketinggalan?

2,191

Satu-persatu berita hebat dari arena bolasepak Indonesia kita dengari sejak akhir-akhir ini membuatkan kita sedar bahawa sebenarnya negara jiran semakin jauh meninggalkan kita termasuklah dalam arena bolasepak wanita. Di kala pemain kita hanya berhijrah ke Liga India, pemain seberang telah beberapa tapak di depan apabila menyertai Liga Serie-B Itali.

Walaupun Coach Bojan Hodak yang pernah menjadi jurulatih di sebuah kelab di sana berpendapat bahawa sistem pengurusan dan pembangunan pemain muda di Malaysia adalah lebih baik, namun melihat pada skil dan bakat pemain itu tersendiri yang menjadi kelebihan bagi mereka.


Azurin Mazlan adalah pemain bolasepak negara yang berhijrah secara pinjaman ke kelab Misaka United FC di Liga India. Sumber foto : Facebook Azurin Mazlan

Berikutan berita perpindahan pemain bolasepak wanita Shalika Aurelia ke kelab Serie-B Itali, iaitu Roma Calcio Femminile. Kelab itu secara rasminya telah mengumumkan dan mengalu-alukan kedatangan Shalika melalui laman web dan sosial media rasmi mereka.

Pemain berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menyertai percubaan bersama kelab West Ham United pada 2019 dan Bayern Munich pada 2021. Beliau memulakan karier seawal umur 12 tahun dan kini merupakan pemain kebangsaan bolasepak wanita Indonesia yang bakal beraksi di Piala Asia Wanita 2022.

Perpindahan Shalika ke Roma Calcio sekaligus memecah rekod sebagai pemain wanita pertama Indonesia yang menembusi Liga Eropah. Di usia yang muda pemain ini dilihat berpotensi besar untuk menjadi pemain hebat. Dan beraksi di Liga Itali adalah peluang terbaik untuk Shalika mengasah bakat dan mengetengahkan potensinya.