Sean Selvaraj akui pemergian B. Sathianathan satu kehilangan besar buat bola sepak negara

874

Pemain Negeri Sembilan FC, Sean Selvaraj sedih dengan pemergiaan bekas jurulatih Sarawak United FC, B. Sathianathan dan berkata ia adalah satu kehilangan yang cukup besar buat bola sepak negara.

“Ia satu berita yang sangat sedih kerana coach Sathianathan adalah seorang figura yang sentiasa bersamanya dan memberinya peluang untuk tonjolkan bakat saya dalam saingan Liga Malaysia, jadi saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya.

Pada saya pemergiaan mendiang adalah satu kehilangan besar buat bola sepak negara kerana beliau seorang jurulatih yang cukup berpengalaman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya, mendiang bukan sahaja bertindak sebagai ‘bapa’ ketika di atas padang, tetapi juga ketika di luar padang.


“Saya pernah jumpa Sathianathan, beliau tanya saya, ‘nak saya jadi akauntan awak tak?’. Ini kerana beliau seorang yang cukup bijak dalam pengurusan kewangan dan sentiasa bantu saya dan boleh dikatakan beliau layan saya seperti anaknya sendiri.”

Dalam pada itu, seorang lagi bekas pemain yang pernah bermain dibawah kendalian Sathianathan iaitu Christie Jayaseelan turut bersedih dengan pemergiaan Sathianathan.

Beliau pada masa turut berkongsi momen beliau bersama mendiang ketika menyarung jersi Sarawak United FC musim lalu.

“Ketika beliau di Sarawak United tak nampak beliau seperti sakit kerana sentiasa tampak bertenaga, bersemangat dan keghairan ketika sesi latihan juga sama.”

Christie juga masih lagi berpegang kepada nasihat mendiang iaitu tidak terlalu merendah diri apabila beraksi di atas padang.

“Dahulu saya sering tak yakin apabila bermain dengan ramai pemain bintang, tapi beliau sentiasa beritahu bahawa semua pemain sama sahaja apabila berada di atas padang.”