Bojan Hodak dedah sudah maklum kepada CEO mahu tinggalkan KL City FC sejak Disember lalu

679

Selepas membimbing kelab KL City FC pada dari tahun 2021, ketua jurulatih Bojan Hodak telah menggemparkan dunia bola sepak tanah air apabila baru sahaja mengumumkan peletakkan jawatan sebagai pengendali kelab itu.

Menurut Hodak, keputusan yang dibuatnya bukan secara mengejut sebaliknya beliau sudah lama berhasrat keluar dan telah memaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City iaitu Standley Bernard.


“Pagi tadi saya bercakap dengan pemain-pemain yang mana YB Khalid Abdul Samad dan Stanley Bernard sudah lama tahu mengenai perancangan dan kami juga sudah mempunyai perancangan awal, jadi saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka.

Saya sudah ada perjanjian dengan pihak pengurusan selepas tamat perlawanan akhir Piala AFC tahun lalu yang mana ketika itu saya mendapat beberapa tawaran tapi ia tidak menepati apa yang saya nak.

Saya juga memberitahu pada standley bahawa saya akan bersama kelab sehingga perlawanan akhir piala FA dan sehari selepas itu (Ahad) saya mendapat tawaran lain,”

katanya.

Keputusan untuk berhijrah itu juga adalah kerana beliau mahu mencari cabaran baru bersama kelab baru di negara baru.

Sepanjang tiga tahun mengendalikan pasukan, beliau telah berjaya membawa skuad The City Boys ke tiga final iaitu Piala Malaysia 2021 (juara), Piala AFC (naib juara) dan Piala FA (naib juara).

Susulan peletakkan jawatan Hodak, KL City tidak akan melantik pengendali baru sebaliknya tugas sebagai ketua jurulatih akan disandang oleh Nenad Bacina.

Walaupun beliau tidak dapat mendedahkan butiran kelab barunya itu, namun terdapat laporan yang mengatakan bahawa beliau akan berhijrah ke Indonesia untuk mengendalikan kelab di Liga 1 Indonesia iaitu Persib Bandung.

Dalam pada itu, pengendali dari Croatia itu turut berkongsi moemn-momen manis sepanjang mengendalikan pasukan dari Lembah Klang itu.

“Perkara paling saya ingati adalah ketika kami menang di Uzbekistan, begitu juga ketika menang bersama JDT ketika tiada orang yang menyangkan perkara tersebut.”