BAM masih terus ‘beli masa’ dalam menentukan nasib Misbun Sidek

118

Kesinambungan berkenaan nasib jurulatih perseorangan remaja negara iaitu Datuk Mibun Sidek yang yang digantung tidak bertali berterusan selama dua minggu bakal dinoktahkan dalam masa terdekat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Misbun Sidek bersama persatuan itu bakal duduk semeja hari ini untuk menyelesaikan berkenaan masa hadapan serta status jurulatih tersebut yang sepatutnya sudah diketahui sejak dua minggu yang lepas lagi.


Mesyuarat yang berlangsung di Bukit Kiara hari ini telah mengambil masa lebih dari enam jam dan pada akhirnya terjawab apabila BAM akan terus membeli lebih masa lagi sebelum menentukan nasib jurulatih berpenggalaman itu.

Kepakaran yang dimiliki oleh jurulatih berusia 63 tahun itu merupakan aset yang baik buat negara dalam membantu meningkatkan prestasi skuad badminton remaja sebelum mereka benar-benar mendapatkan rentak sebenar sebagai pemain profesional.

Sekiranya BAM meletakkan keyakinan yang teguh kepada Misbun maka mereka perlu mempercayai proses yang jelas akan memakan masa sebelum dapat melahirkan bintang badminton yang baru.

Begitu juga sekiranya jurulatih itu bukan lagi menjadi pilihan utama yang relevan pada masa kini maka mereka perlu mencari pengganti jurulatih itu dengan secepat yang mungkin serta berpotensi untuk mengambil alih tugasan tersebut.

Walau bagaimanapun, sebarang keputusan yang dimuktamatkan oleh BAM pasti merupakan keputusan yang terbaik demi hadapan badminton negara yang sekarang ini masih terumbang-ambing tanpa pelapis yang diyakini.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen