Idola saya adalah Hadin Azman – Alif Ikmalrizal

321

Penjaring gol tunggal Penang FC, Alif Ikmalrizal malam ini buktikan beraksi dihadapan idola bola sepaknya membuatkan dirinya lebih bersemangat sekaligus berjaya menggegar gawang pasukan Sabah FC.

Alif yang dimasukkan pada babak kedua permainan memberi impak positif bagi barisan serangan Penang apabila berjaya menjaringkan gol pertama sekaligus merapatkan jurang.


“Idola saya adalah Hadin Azman. Saya sangat-sangat gembira kerana dapat jaringkan gol dan rasakan perlawanan malam ini lain daripada yang lain,”

katanya.

Dengan usia yang masih muda iaitu 21 tahun sudah pasti ketua jurulatih Manzoor Azwira mahu memastikan bakat yang dimiliki pasukan Harimau Kumbang itu tidak akan disia-siakan selain Alif sendiri sudah bersedia bagi menggalas tanggungjawab dan mahu terus berikan yang terbaik untuk pasukannya.

“Saya selalu bersedia dan sekiranya barisan jurulatih memberi peluang dan ruang untuk saya bermain saya akan pastikan saya lakukan yang terbaik

Alhamdulillah pada malam ini jurulatih bagi saya peluang dan walaupun tidak banyak minit permainan tetap saya buat yang terbaik dan menjaringkan gol.”

Pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Penang terpaksa akur apabila tewas 2-1 kepada Sabah.