Selepas disingkirkan dari BAM, tidak terkejut sekiranya Misbun Sidek dapat banyak tawaran luar negara

1,358

Dengan konflik di antara jurulatih berprolifik negara Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana diperlakukan seperti kambing hitam, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti khidmat beliau sebagai jurulatih yang berpengalaman ditagih oleh negara luar.

Jurulatih yang pernah melahirkan pemain nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei itu jelas sekali kesal dengan tindakan BAM yang menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan pada kekalahan seluruh pasukan sedangkan beliau hanya bertanggungjawab ke atas perseorangan lelaki sahaja.


Dengan pengalaman beliau yang sangat luas, pasti khidmatnya akan segera diintai oleh negara-negara luar lain sebagai calon jurulatih, lagi pula negara-negara luar sedang rancak mengambil jurulatih-jurulatih dari Malaysia kerana tahap kualiti yang memberangsangkan.

Maka kehilangan nama besar seperti Misbun Sidek sekiranya mendapat tawaran menjadi jurulatih daripada luar negara pasti akan meresahkan para peminat badminton di Malaysia.

BAM perlu sedar bahawa Misbun merupakan aset yang mengetahui selok-belok arena badminton negara dan ia jelas sekali sudah terbukti.

Kehilangan beliau pasti amat merugikan negara. Malah, Lee Chong Wei juga menolak dakwaan bahawa cara yang digunakan oleh Misbun tidak relevan lagi dan yakin semakin ada penambahbaikan mengikut perkembangan semasa dalam melatih pemain muda.

Selain tanpa persetujuan bersama Misbun sendiri, tanda tanya juga terus menjadi persoalan kepada BAM selepas keputusan pembuangan itu juga adalah tanpa meminta rujukan daripada Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) sendiri yang terdiri daripada tujuh orang bekas pemain.

Orang ramai mula mempersoalkan fungsi kewujudan panel tersebut sekiranya pendapat mereka tidak diperlukan dalam membuat keputusan, daripada kejadian ini jelas sekali bahawa terdapat pelbagai keraguan berkenaan keputusan menyingkirkan Misbun.