Kelantan FC gagal lengkapkan dokumen kepada MFL punca Youssef Ezzejjari jadi milik Negeri Sembilan FC

2,281

Sejurus selepas tamat kerancakkan jendala perpindahan Liga Malaysia semalam, perpindahan pemain import baharu Negeri Sembilan iaitu Youssef Ezzejjari terus menjadi tanda tanya kerana pemain itu sebelum ini telah diistiharkan sebagai pemain yang akan menyarung jersi TRW Kelantan FC.

Persoalan yang menarik juga adalah bagaimana proses dokumentasi beliau diterima oleh Malaysian Football League (MFL) sebagai pemain The Red Warriors, tetapi kemudian beliau diistiharkan sebagai pemain Negeri Sembilan FC pula melalui posting di laman rasmi milik kelab.


Mengikut sumber terdekat, pihak pengurusan Kelantan sebenarnya telah menghantar dokumen untuk membawa masuk Youssef terlebih dahulu sebagai pemain mereka, tetapi kerana dokumen tersebut tidak lengkap maka dokumen tersebut terpaksa ditolak oleh pihak MFL.

Dalam pada itu juga pihak pengurusan Negeri Sembilan juga telah menghantar dokumen untuk membawa masuk Yousseff ke dalam skuad mereka kepada MFL.

Tetapi kerana kegagalan pihak pengurusan Kelantan untuk melengkapkan dokumen tersebut selepas dimaklumkan maka dokumen tersebut terpaksa ditolak.

Berbeza dengan Negeri Sembilan yang telah melengkapkan dokumen tersebut sebelum jendela perpindahan liga ditutup, maka pihak MFL akhirnya menerima dokumen yang telah lengkap tersebut, justeru menjadikan Youssef sebagai pemain Skuad Jang secara rasminya.

Bekas ejen pemain berkenaan juga meminta maaf di atas tindakan Youssef yang seolah-olah melakukan pusingan U pada saat akhir setelah menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan.

Insiden seperti ini diharapkan tidak terus berlaku dalam kancah Liga Malaysia kerana akan merugikan perancangan kelab itu sendiri yang perlu mencari inisiatif lain sebagai langkah penyelesaian.

Selain Youssef, pemain lincah Selangor FC juga iaitu Hein Htet Aung juga dipinjamkan ke Negeri Sembilan bagi menguatkan bahagian jentera serangan kelab itu dalam menghadapi baki perlawanan Liga Super Malaysia.