Tiada masalah sesuaikan diri, Nenad Bacinda dan Bojan Hodak tak banyak perbezaan – Matko Zirdum

246

Pemain KL City FC, Matko Zirdum menyifatkan gaya permainan Bojan Hodak dan Nenad Bacina tidak begitu berbeza dan beliau boleh menyesuaikan diri dengan perubahan ketua jurulatih yang berlaku dalam pasukan itu.

Katanya, kedua-dua jurulatih itu pernah bekerjasama selama tiga tahun jadi kedua-duanya mempunyai persamaan tertentu.


“Saya tahu mereka pernah bersama selama tiga tahun, ada beberapa persamaan antara mereka, jadi tidak banyak perbezaan.

Ia juga bagus untuk saya kerana Nenad Bacina berasal dari Croatia, jadi kami mempunyai komunikasi yang baik,”

katanya.

Beliau yakin bahawa KL City akan mencatatkan prestasi yang baik di bawah kendalian Nenad Bacina.

Dalam pada itu, beliau mengakui sudah semakin menyesuaikan diri dengan saingan Liga Super selepas terlepas aksi awal musim akibat kecederaan.

Katanya, beliau merasakan diri semakin baik dan berharap dapat mengekalkan kecergasannya sehingga hujung musim.